APANI ENTERPRISE
1. Berbagai organik asid yang menstabilkan pH tanah dan menguraikan mineral rock kepada NPK yang sedia ada dalam tanah. 2. Mengandungi berbagai gula tumbuhan dan gula haiwan (lactose) untuk menjadi makanan terus kepada pokok dan bahan microb yang manfaat dalam tanah. 3. Produk penapaian alkohol sesuai untuk ketahanan pokok dan menstabilkan pH tanah.
ISI KANDUNGAN BAHAN-BAHAN DALAM BAJA BIO EXCELLENT
Nitrogen(N) 0.2 %
Phosphurus(P2O2) 0.2 %
Potasium (K2O) 3.0 %
Calcium (CaO) 0.3 %
Magnesium (MgO) 1.1 %
Ferus Sulfit (Fe) 1.7 %
Cecair - Organic Matter +- 90%
Trace Element (TE)
Boron(B) 6655 mg/L
Manganese (Mn) 7539 mg/L
Zinc (Zn) 59 mg/L
Copper (Cu) 8778 mg/L
SUMBER : KEPUTUSAN CERAKINAN TANAH, KHIDMAT ANALISA AYER HITAM, JOHOR
Tuesday, March 4, 2014
Posted by Baja Cecair Organik at 5:32 PM 0 comments
Sunday, December 7, 2008
Cara Penggunaan:
Jenis Tanaman Kadar Kekerapan
Sayur/ Bunga 40 ml ~ 80 ml + 16 lit Air 7 ~ 10 Hari sekali
Buah-buahan (Bermusim) 40 ml ~ 80 ml + 16 lit Air 1 ~ 2 Bulan sekali
Buah-buahan (Tidak Bermusim) 40 ml ~ 80 ml + 16 lit Air 2 Minggu sekali
Getah & Kelapa Sawit 25 ml ~ 50 ml / pokok 2 ~ 3 Bulan sekali
* ASAS PEMBAJAAN 4 LITER BIO EXCELLENT 3 EKAR
Posted by Baja Cecair Organik at 8:18 PM 0 comments
Testimonial BIO EXCELLENT
Pengguna :Daud Bin Saim
No. Tel :013-7716410
Tempoh Mengguna :3 ½ Tahun
Luas Kawasan :2 ½ Ekar Tanaman Kelapa Sawit
Hasil :2 ½ Tan sebulan
Lokasi :Kampung Baru, Seri Bengkal, Batu Pahat.
Pengguna :Hj Ahmad/ Cikgu Ramli
No. Tel :013-7777379
Tempoh Mengguna :1 Tahun
Luas Kawasan :100 Ekar Tanaman Nenas Madu
Hasil :75% Double A
Lokasi :Kg Belahan Tampok, Rengit
Pengguna :Fauzan
No. Tel :017-7330296
Tempoh Mengguna :1 Tahun
Luas Kawasan :1 Ekar Tananam Tebu
Hasil :80% Double A
Lokasi : Sri Medan, Batu Pahat
Pengguna :Imam Misran
No. Tel :017-7330296
Tempoh Mengguna :3 ½ Tahun
Luas Kawasan :11 Ekar Tanaman Kelapa Sawit
Hasil :1 tan perekar sebulan
Lokasi : Pt. Karjo, Pt. Raja, Batu Pahat
Pengguna :Ismail Nursery
No. Tel :019-7006002
Tempoh Mengguna :1 Tahun
Luas Kawasan :1 Ekar Tanaman Kebun Bunga
Hasil :Kesegaran bunga tahan lama dan panjang tangkainya serta warna yang menarik.
Lokasi :Pesona Rimba,Batu Pahat
Pengguna :Wak Jasni
No. Tel :019-7774022
Tempoh Mengguna :3 Tahun
Luas Kawasan :3 Ekar Tanaman Keladi dan Keledek
Hasil :Keladi 7 Tan Perekar/ Keledek 10 Tan Perekar
Lokasi :Parit Mardirono, Batu Pahat
Posted by Baja Cecair Organik at 8:03 PM 0 comments
Apakah mikrob dan apakah peranan mereka?
Apakah mikrob dan apakah peranan mereka?
Mikrob adalah bentuk hidupan yang tertua di bumi. Mereka telah berada di sini sejak 3.8 billion tahun lamanya!
Mikrob adalah organisma mikroskopik. Kulat, bakteria, protozoa dan virus jenis mikrob yang berbeza. Walaupun anda tidak dapat melihatnya tanpa mikroskop, mikrob sebenarnya berada di mana-mana.
Mikrob adalah pejuang yang terulung: ianya boleh didapati hampir di mana-mana di bumi!
Di dalam tanah yang berada di bawah kaki anda, mungkin terdapat pelbagai jutaan bentuk mikrob! Bagi se-gram tanah, mikrob boleh mencecah sehingga satu bilion.
Mikrob mengeluarkan lebih dari separuh daripada bekalan
oksigen yang kita bernafas
Terdapat mikrob pemusnah (pathogen) yang boleh menyebabkan
penyakit, tetapi yang selebihnya adalah Mikrob baik yang dapat
membantu haiwan dan manusia menghasilkan ubat-ubatan.
Kombinasi berbeza antara mikrob-mikrob yang baik dapat membantu
petani-petani bercucuk tanam dan menghasilkan tanaman yang banyak
tanpa menggunakan baja yang boleh merosakan alam semulajadi
Tanah kita bernyawa! Tidak kelihatan dengan mata kasar, ianya ialah
penghadam yang terhebat di bumi, sentiasa menguraikan bahan organik
kepada bentuk yang boleh diguna semula “Usable form” dan boleh
dikenalpasti, diserap oleh tumbuhan dan akhir sekali memberi
pertumbuhan yang baru.
Keajaiban hidupan organisma yang kompleks ini dipanggil mikrob, ianya bekerja keras mengubah kompaun organik yang kompleks seperti tanin, linguin, protein karbohidrat, selulos, pektin dan sebagainya kepada bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuhan dalam proses pertumbuhan
Mikrob membantu dengan menstabilkan tanah dengan menggabungkan secara fizikal jisim tanah. Mereka menghasilkan produk sampingan seperti glomalin yang bertindak sebagai “gam” yamg membantu mencantumkan jisim tanah liat dan bahan organik, dan seterusnya menyumbang kepada penggabungan tanah. Semua ini terjadi bagi membentuk satu tanah yang subur dan produktif.
Tanah yang subur sepatutnya mengandungi tidak kurang dari 10,000,000 mikrob per- gram. Kehadiran mikrob ini memastikan nutrien akan sentiasa tersedia untuk tanaman anda pada kadar yang stabil.
Walau bagaimanapun, penggunaan secara berterusan baja sintetik, racun rumpai, racun kulat dan racun perosak akan menjadikan tanah tandus. Malangnya, mikrob-mikrob yang kaya ini tidak dapat bertahan lama di dalam persekitaran tanah berkimia pada jangka waktu yang lama.
Petani-petani tidak menyedari bahawa mikrob-mikrob memerlukan makanan dalam bentuk bahan organik bagi menjamin tanah yang subur dan produktif bagi tanaman. Baja sintetik adalah makanan kepada tanaman, dan bukannya kepada mikrob dalam tanah.
Kaedah pertanian melalui sistem baja kimia/sintetik telah menjadikankan tanah ketidakseimbangan yang akan mengundang serangan penyakit dan serangga serta masalah alam sekitar seperti hakisan dan pencemaran air dalam tanah.
Mikrob memainkan peranan yang penting dalam memastikan tumbuhan dan tanah yang subur:
Memperbaiki penggemburan tanah
Menguraikan jisim organik
Mengawal hakisan
Meningkatkan kadar mineral sedia ada
kepada tumbuhan
Menguraikan toksin
Menggalakan pertumbuhan akar yang sihat
Mikrob adalah komponen penting dalam perladangan organik, menyuburkan tanaman dengan nutrien-nutrien yang diperlukan. Mikrob-mikrob ini kemudiannya membaikpulih nitrogen atmosfera, melarutkan dan mengalihikan fosforus, memindahkan elemen-elemen kecil seperti zink, tembaga dan sebagainya kepada tanaman, menghasilkan pertumbuhan tanaman dengan pembentukan hormon pertumbuhan, vitamin dan asid amino serta mengawal kulat berpatogen, ianya juga membantu kepada pengembangan tanah yang subur dan menaikkan produk tanaman.
Nutrien organik dalam bentuk asalnya, tidak tersedia kepada akar-akar tanaman untuk diserap. Mikrob-mikrob tanah yang baik seperti “aerobic microbes” dapat menyediakan nutrien-nutrien yang perlu kepada tanaman. Nutrien dari penghadaman mikrob ini menghasilkan “microbial digestion” kekal di dalam tanah sehingga tumbuhan bersedia untuk menggunakan nutrien tersebut.
Mikrob juga menghadam sesama sendiri, dan mengubah nutrien organik untuk tumbuhan. Sebagai balasan pula, tumbuhan mengeluarkan bahan karbon untuk mikrob. Ianya adalah satu kehidupan ekosistem yang paling lama di bumi ini!
Posted by Baja Cecair Organik at 11:58 AM 0 comments


